JOM LAYAN BAB 28 AKHIRI PENANTIANKU
Setelah pulang dari menghadiri kenduri
tahlil, Ilhan Ruiz terus menuju ke bilik Aqil. Setiap malam sebelum tidur, dia
akan melakukan hariannya, iaitu mencium
dan membelai kepala Aqil yang sedang tidur. Wajah polos Aqil yang sedang
nyenyak tidur sangat menarik perhatiannnya. Setaip kali Ilhan Ruiz memandang
wajah Aqil ketika tidur,setiap kali itu jugalah dia dihimpit penyesalan kerana
telah mengabaikan anak dan isterinya selama ini.
Kalau begnilah bahagia dan indahnya mempunyai
seorang anak bernama Aqil, dia pasti tidak akan memaksa Airin menggugurkan
kandungannnya dulu. Mujurlah Airin tidak mengikut arahan bodohnya itu, mujur
juga Airin mahu memelihara Aqil dengan baik walapun dalam keadaan serba
kekurangan.
Dalam keadaan cahaya bilik yang samar-samar,
Ilhan Ruiz terpandang susuk tubuh Airin yang tidur mengiring sambil memeluk
Aqil.
Dah kenapa pula dia bersesak atas katil
bujang ni? Aqil tidak sihatkah? Ilhan Ruiz terus menyentuh dahi Aqil. Dia
menarik nafas lega kerana dari sentuhan tadi, dapat dirasakan suhu badan Aqil okay
sahaja.
Ilhan Ruiz melutut di sisi katil betul-betul
bertentangan dengan wajah anak dan isterinya. Kedua-dua wajah itu direnung
silih berganti. Wajah Aqil yang mendamaikan dan wajah Airin yang meruntun hati
lelakinya.
Ilhan bangun meluruskan posisi badannya
setelah dia mula terasa lenguh melutut. Dia tunduk membongkokkan badannya dan
mencium pipi Aqil…lama dia berbuat demikian. Setelah itu dia merenung
wajah Airin yang hampir dengan wajah
Aqil. Ingin sekali dia melakukan perkara yang sama pada Airin. Hati meronta
mahu melakukan tapi akal tegar menegah.
Ilhan
Ruiz melangkah keluar dari bilik dengan fikiran yang bercelaru. Sampai bila
musim dingin salju rumah tangganya dapat digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan?
Alangkah mudahnya jika Airin yang memulakan langkah menyemai benih cinta mereka
agar bercambah. Tak perlulah dia menyesakkan otak mencari jalan untuk
merapatkan hubungan mereka.
Airin membuka matanya sebaik sahaja Ilhan
Ruiz meninggalkan bilik. Air mata yang bertakung di kelopak mata mula mengalir
lesu. Dia menyedari kehadiran Ilhan Ruiz di dalam ruang bilik itu apabila Ilhan
Ruiz mencium Aqil. Rambut Ilhan Ruiz yang menyentuh wajahnya membuatkan Airin
terhjaga dari tidurnya. Namun dia berpura-pura masih tidur.
Walaupun mata terpejam rapat, hati Airin
celik luas mengharapkan dia juga mendapat ciuman selamat malam daripada Ilhan
Ruiz. Dia menungu dan terus menunggu sehinggalah dia mendengar bunyi daun pintu
ditutup.Hampa kerana hajat tidak kesampaian.
Arin mengurangkan suhu alat penghawa dingin
dan menyelimtkan tubuh Aqil. Dia kemudiannya meninggalkan bilik itu lalu menuju
ke biliknya.
“Tak
tidur lagi?” Suara Ilhan Ruiz mengejutkan Airin........
JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL AKHIRI PENANTIANKU UNTUK MENGETAHUI CINTA AGUNG AIRIN UNTUK ILHAN RUIZ.
J